Syawal pernah meninggalkan satu impak yang besar dalam diri aku. Tak semua orang rasa apa yang aku rasa tapi itulah ujian yang aku anggap terbesar dalam hidup aku. Aku taknak bangkitkan nostalgia yang boleh mengundang titisan hangat dari kelopak mata tapi kerinduan tak siapa boleh ubat. Kerinduan yang amat. Pedih.
Kalau orang ingat aku kuat, aku TAK. Memang nampak kuat bila 5 hari lepas orang tersayang kau pergi, kau tabahkan hati balik maktab pergi kelas. Tapi apa yang orang pandang tak sama dengan apa yang aku rasa. Kawan-kawan kat maktab tahu aku macam mana. Apa jadi dengan diri aku sepanjang seminggu. Aku diam. Aku menangis tiap-tiap malam, siapa yang tahu?
Aku tak kuat. Sambutan Hari Bapa, aku menangis. Usrah, aku menangis. Ramadhan, aku menangis. Warkah Ibu Bapa, aku menangis. Sungguh, aku tak kuat.
Ya Allah, hanya Engkau sahaja tempat aku mengadu. Kuat kan hati ku. Ya Allah, sungguh aku redha atas segalanya. Sesungguhnya Kau Maha Besar. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Tunjukkan aku jalan Mu. Moga ada hikmah di sebalik semua ujian Mu.
SALAM AIDILFITRI
Hamba ini insan biasa, mohon maaf atas segala yang terkurang dan terlanjur sini sana. Doakan kita bertemu di Ramadhan akan datang.
*minta maaf feel raya tak ada.
0 orang melamar ?:
Post a Comment